Thursday, July 24, 2008

ukur tinggi?



jom ukur tinggi. carta ni alif dapat by post from fisher price. happy sangat tapi yg sedihnya alif dah koyakkan bahagian bawah carta tu. masa dapat mama terus ukur tinggi alif. masatu alif baru 70cm. mama lupa dah bila alif dapat carta ni but still in july 2008. bz sangat sampai terlupa. hik..... lepas ni senanglah nak ukur tinggi alif.

birthday card




ni lah kad hari lahir alif yang pertama & yg pertama diterima. kad ni dutch lady yg bagi by pos. alif dapat 18.07.2008 :: khamis. happy birthday alif (coming soon)

japan t-shirt





mama beli t-shirt ni special for birthday alif tak lama lagi. mama berkenan sangat walaupun agak mahal juga. mama beli secara online. semua sekali rm75.00 je. sebenarnya baju ni sesuai untuk budak umur 2-2.5 tahun tapi leh muat kat alif cz alif agak tembam. hik.... mama suka sangat so happy bila dapat beli. mula2 tu untie tu kata dah takde stok cz org dah book. sedih sangat then bila check lagi sekali, rupanya nama mama dah tersenarai so semangat nak beli. penat pilih cz semua cute2 tapi banyak org dah book. ni je yg mama dapat. alif pun suka sangat tgk especially mickey mouse tu.

Sunday, June 22, 2008

smile.............



sekarang mama dah leh ambik gambar alif ketawa sambil tayang gigi yg ada 2pcs kat bawah & 1 pc kat atas. but gambar ni tak berapa clear sangatlah. susah nak candid gambar alif ni. pantang mama pegang kamera, mesti nak ambik.

ZIRAFAH



harini mama + papa bawa alif jalan2 ke pekan sari macam biasa. morning exercise for us. then masa jalan2 tu mama + papa belikan alif zirafah yg cute & kuarkan bunyi. mula2 alif takut2 juga then ok. balik rumah terus main puas2. RM5.00 je cz belum tiup lagi. kalau dah siap tiup, RM6.00.

ABC matt



last week mama + papa buy ABC matt for alif. we buy at Giant Segamat. RM24.90.
alif suka sangat main kat situ. kadang2 terbaring-baring cz syok sangat. mama tak risau kalau alif jatuh ke beakang cz abc matt tu lembut je. buat masa ni mama dah alih 3 kedudukan cz nak cari tempat yg sesuai. lagipun skrg ni tgh modified kedudukan barang2 kat rumah. tukar sikit bg nampak new look.

playing in basket



just want make alif happy & boleh main macam2 permainan. mama saje je masukkan alif dlm bakul & alif ok je but bakul tu ngam2 je saiz alif. alif in green colour too....

Thursday, June 19, 2008

demam campak



***gambar ni tak nampak sangat bintik2 merah tu....
***( demam campak biasa, not chicken pox)***



18.06.2008 :: rabu :: alif mula demam campak. pagi tu mama bawa alif g klinik cz nak confirmkan samada demam campak @ alergik. then mama bawa alif g opis mama kejap cz hantar barang kawan2 mama. then kita lepak kat rumah je. tgh hari tu atuk + nenek + maksu datang melawat alif. papa outstation kat kuantan. petang tu mama bawa alif g jln2 kat cowboy & mama belikan alif bantal mickey. alif suka sangat.

19.06.200 :: khamis :: alifnya bintik2 merah tu dah sampai kaki so dah leh mandi. petang tu dalam kul 5 lebih mama mandikan alif dengan air kelapa + air paip + daun cermai (petua org2 dulu). mama harap alif cepat sembuh. lepas mandi tu, alif sambung tidur lagi. papa balik dari outstation.